Ke Klana Resort Seremban kami sebab isteri ada kursus lagi di situ. Dulu pernah juga kami ke sini and at that time masa isteri kursus, saya pergi jalan-jalan. Kisah jalan-jalan saya masa tu boleh baca di:
- Klana Resort, Masjid Negeri, Lake Garden, Jelita Ostrich Show Farm
- Empangan kecil sungai Terachi, sawah padi, Muzium Di Raja Seri Menanti
- Kampung Gemetir, Zaini Salai House, Taman Rekreasi Ulu Bendol, mata air gunung Angsi, Masjid At-Taqwa, Kedai Tradisional Food Industries, Kampung Kolam Air, Loji Rawatan Air, Mukim Pantai, Empangan Sungai Terip
Jadi saya pun terfikir-fikir juga la mana lagi nak pergi since dah pergi banyak tempat dah. Further more kami cuma 1 malam je kali ni di resort tu. So basically I only had like a few hours only.
Namun dah ada peluang ni, elok manfaatkan. Lagi pun lama dah tak keluar ambik gambar.
Gerbang masuk ke Klana Resort.
Sarapan pagi.
Sarapan pagi di sini.
Terperasan cantik pulak paintings di dinding dalam resort ni. Tak tahu siapa pelukisnya.
So beautiful.
Lobby.
More paintings.
The resort's beautiful landscape.
So kemana saya? Actually masa drove nak masuk ke Klana Resort earlier, saya ternampak macam ada taman awam yang ada tasik. So rasanya bagus jugak pagi-pagi tu saya ke sana. Tentu ada pemandangan cantik. Sambil ambik gambar, berjalan-jalan, akan berpeluh jugak la. Bagus le gitu, ye tak. Kalau duduk je dalam bilik hotel bantai tidur je la.. hehehe.
Resort ni besar. Nak jalan dari lobi keluar ke arah gerbang masuk tadi adalah jauh. So minta la concierge hantar saya ke depan tu naik buggy.
Sembang le dengan concierge tu. Then dia suggested nak bawak saya round-round Klana Resort tu. Saya tentu la ok 😊. Lagi pun bukannya berjalan kaki, naik buggy, ok sangat la.. hehe.
Resort ni very green. Sejuk nyaman. Boleh dengar kicau burung. Very calming.
View hotel dari arah swimming pools.
Just love the coconut trees.
Kata concierge tu especially masa weekends, ada ramai guests. Most from companies yang buat team building.
Selesai the short tour, concierge bawak saya ke pintu gerbang masuk Klana Resort ni.
Saya pun menapak mencari taman awam yang saya nampak masa drive masuk earlier.
Nyaman area ni. Teduh dan banyak pokok.
Tapi punya la banyak nyamuk. Panik sebab tak pernah kena attacked by so many mosquitoes before! Alhamdulillah, kebetulan dalam beg ada bawak insect repellent patch. Lega! Tapi tu pun selepas kelam kabut bertepuk tampar bunuh nyamuk. Berdarah-darah.
Tak sure ni bunga apa.
Dan akhirnya sampai ke taman ni.
Nama taman ni ialah Taman Awam Jalan Keliling.
Masa sebelum nampak papan tanda ni, ada saya bertanya beberapa penduduk di situ yang sedang bersenam/berjogging/bersantai apakah nama taman ni. Tapi sorang pun tak tau.. hehehe.
Sebuah projek oleh:
Ni lah tiang-tiang yang saya ternampak masa drive tadi, buat tertarik nak ke taman ni.
Nice!
Tasik yang ada banyak teratai.
Di seberang tasik. Saya planned nak ke sana.
Tapi sebelum tu ambik gambar bunga dulu.. hehe.
MasyaAllah... so beautiful.
Sebenarnya saya tak tau nak bezakan yang mana satu teratai dan yang mana satu seroja.
Yang ni bunga apa sebenarnya?
But one thing for sure, both pun cantik belaka. Tu yang bestnya fotografi ni, once downloaded to the PC, masa viewing you can see all the amazing details.
Ok, jom sambung balik jalan-jalan.
Ada bridge yang cantik ni.
Zoom sikit. Buat wedding oudoor photography pun best di sini. Ye la, kalau bajet tak membenarkan nak gi shoot di lokasi yang eksotik, di taman-taman macam ni pun indah juga.
Tengah mengail kot.
Ok lah, I share here some of the beautiful and serene views of this park.
Views dari jambatan.
Ada macam-macam bunga. Yang saya jumpa ada 13 jenis bunga-bungan di taman ni, termasuk seroja tadi.
Kebetulan ada patung-patung pulak 😊. Nice!
Overall, saya suka sangat taman ni. Bersih, landskapnya cantik, dijaga dengan baik, ada hutan, ada tasik, ada pokok-pokok berusia, ada pelbagai jenis bunga, ada jambatan, ada toilet, tempat parking yang luas, ada multiple entry points, very good pavements for walking and jogging, pemandangan-pemandangan yang cantik dan tranquil, redup dan nyaman penuh kehijauan dan jauh dari kesesakan bandar.
Syabas kepada Jabatan Landskap Negara dan Majlis Perbandaran Seremban.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.