Dah lebih 10 tahun usia dapur kami. Time to change kata isteri. Saya setuju especially sebab kabinet dah diserang anai-anai!
Maka kami pun check out a few kedai kabinet dapur. Mahalnya quotations yang kami dapat. Ye la, tak boleh la banding dengan harga 10 tahun lalu. Tambah pulak lagi kali ni isteri nak countertop concrete. Good idea sebab the current countertop especially near the sinky dah nak mereput sebab basah hari-hari. Kalau tengok dari luar memang nampak elok lagi tapi bahagian dalam dah reput dan kembang sampai pintu kabinet bawah sinki tak boleh bukak.
Di kedai dapur. Beberapa displays contoh kitchen.
Isteri saya nak stove macam ni dan laci dalam kabinet yang boleh slide out like in photo.
Di section countertop.
Punya la banyak pilihan! Macam-macam warna.
Macam-macam material.
Macam-macam nama.
Ok, saya kongsi proses tukar dapur baru. Masa ni rumah dah macam kapal pecah.. hehe.
Ini current kitchen kami yang dah dikosongkan. Masa nak kosongkan punya la penat! Tak sangka banyak betul barang! Later on kebanyakkannya were given away.
Barang-barang dan peralatan pekerja.
Tentunya barang si meow kena letak di balkoni.. hehe.
Kerja-kerja mencabut existing cabinets. Sebenarnya masih elok lagi kabinet-kabinet atas tu.
Curious yang amat dia ni. Resah gelisah je, takut-takut campur curious.. hehehe.
Kejap je dah cabut semua. Cepat betul dan nampak mudah je mereka buat.
Haaa... inilah sebab utama kami tukar dapur. Dah teruk diserang anai-anai. Kami sebenarnya tak expect teruk macam ni!
Kebinasaan oleh anai-anai! Dah berkampung halaman di kabinet dapur bawah sinki!
Nampak anai-anai terus sembur dengan racun serangga!
Then cabut kaunter pulak.
Pun teruk dah diserang anai-anai!
Lagi dahsyat!
Kata pekerja tu, anai-anai memang suka sangat kayu kabinet macam ni.
Kerja-kerja membuat concrete countertop dimulakan.
Punya la resahnya dia, curious sangat nak tengok orang buat kerja!
Kesian nengoknya, so kasi la dia masuk. Tapi kena jaga sebab kejap-kejap dia pi dekat pekerja-pekerja tu.. hehehe.
Sampai terbeliak begitu sekali. Actually kerja-kerja yang dilakukan memang sangat bising kerana melibatkan mixing, cutting and drilling.
Dah separuh siap. The skeleton.
Ini bahagian sinki. Masa ni ketua pekerja bagitau saya yang ukuran lubang sinki yang diberikan oleh planner adalah tidak betul. So dia pun beritahu the planner and new measurements were given.
Oh ya, memang masa mereka buat kerja ni saya sibuk ambik gambar dan tanya itu ini... hehehe.
Batang-batang besi jadi tulang countertop supaya kukuh.
Filling the concrete.
Esoknya dah kering keras. Maka menyibuk la si dia ni... hehe.
Bila pekerja datang, kena kurung di balkoni... hehe.
Pasang marble. Actually by this time, memang habis dah dapur, ruang makan dan ruang tamu berhabuk berdebu.
Ini the next day. Bukan main lagi dia lounging.
Bila dia turun dari countertop ni terus kena tangkap dan tepuk-tepuk sebab badan berdebu! Hishhh.... hehehehe.
Sambung tampal marble slabs.
Siap dah. Alhamdulillah.
Lepas tu perlu dibiarkan konkrit kering keras lagi 5 hari sebelum pasang kabinet.
Meanwhile, kena la mop. Banyak tapak dia sana sini... hehe.
Bila hujan, nyenyak le dia tidur. Tak kisah mana pun boleh landing... hehe.
5 days later pemasangan kabinet dibuat.
Saya mintak tolong pekerja ni tutup lubang di cracks antara door frame dan dinding. Tu laluan anai-anai tu.
It was quite an eventful few days for him... hehe.
Cepat je siapnya. Semua dah buat di kilang jadi tinggal pasang je.
Syukur Alhamdulillah, siap dah.
Final inspections.. hehe.
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.