Monday, October 6, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 13 - DOLMABAHCE PALACE - PART 01 - IMPERIAL MABEYN CHAMBERS

Day 13 - Dolmabahçe Palace.

Sebenarnya kami merancang nak naik Big Bus Istanbul sekali lagi sebab nak ikut laluan Blue Line pula. Earlier kami naik bas tu ikut laluan Red line. Tapi tak jadi sebab jualan tiket bus tu diberhentikan buat seketika sebab hari tu adalah hair Jumaat so jalanraya tengah sangat jam. Semua bas2 tu tersekat di jalanraya. Next bus yg akan sampai ke Taksim Square tu adalah dalam lebih kurang 2 jam lagi!

Jadi untuk tak buang masa kami tukar rancangan pergi ke Dolmabahce Palace. Kami decided untuk ke sana kerana istana tu kami tak cover lagi. Also nak ke sana pun senang dengan menaiki funicular [keretapi bawah tanah] yg memang station nya di Taksim Square ni. Lagi pun naik keretapi tak de masalah traffic jam. Tambang funicular tu ialah 4 TL sehala. 

Dari stesen Taksim kami sampai di stesen Kabataş, terus berjalan ke Dolmabahce Palace. Tak jauh cuma lebih kurang 15 minit jalan kaki. Tapi kami jalan lebih lama sebab kami dah terlepas pintu gerbang masuk ke istana tu. Macam mana boleh tak nampak pintu gerbang yg besar tu? Hihihi... Sebabnya masa tu di masjid sebelah Dolmabahce Palace tu, which is the Dolmabahce mosque [juga dikenali sebagai Bezm-i Alem Valide Sultan Mosque] sedang ada upacara penghormatan akhir serta solat jenazah untuk Süleyman Seba seorang tokoh sukan Turki yg ternama dan sangat dihormati kerana telah banyak menyumbang dan berjasa kepada negara Turki. Ramai sungguh orang yg datang dan berkumpul di depan masjid tu sampai kami tak nampak pintu masuk ke Dolmabahce Palace tu. 

Sungguh ramai sehingga ada yg bersolat di tepi jalan. Ada juga yg menjual teh yg digendung tangki teh di belakang badan dan cara menuangnya dgn membongkok sambil menadah dgn cawan.

Ada beberapa van dari TV stations membuat liputan. Juga ada giant screen. Semua block view pintu gerbang nak masuk ke Dolmabahce Palace tu. Tu yg kami termiss tu...hihi...  

Inilah Suleyman Seba. 

Tiket masuk ke Dolmabahce Palace. Istana Dolmabahçe terdiri dari beberapa bahagian: Selamlik, Harem, Painting Museum dan Clock Museum. Tiket masuk boleh dibeli untuk melawat seluruh istana ataupun bahagian-bahagian yang tertentu sahaja. Kami membeli tiket untuk melawat ke seluruh istana yang berharga 40 Lira (RM80) seorang.


Dolmabahçe Palace adalah istana pusat pemerintahan Kerajaan Ottoman Turki pada satu masa dahulu. Ia dibina oleh Sultan Abdulmecid I.

Sebelum Istana Dolmabahçe dibina, Sultan Abdulmecid dan keluarganya tinggal di Istana Topkapi. Merasakan Istana Topkapi sangat ketinggalan berbanding istana-istana Eropah yang lain, Sultan Abdulmecid kemudiannya mengarahkan supaya sebuah istana baru yang setaraf dengan istana-istana Eropah dibina untuk kediaman beliau dan keluarganya.

Istana ini pernah didiami oleh 6 orang Sultan sebelum sultan yang terakhir, Sultan Abdulmecid Efendi digulingkan dan dibuang negeri ke Switzerland. Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk juga menggunakan sebahagian istana ini sebagai Istana Presiden sewaktu pemerintahannya dan dia juga meninggal dunia di istana ini pada 10 November, 1938.

Seperti palaces yg lain di Istanbul ni, fotografi hanya boleh di luar dan not allowed while inside the buildings.


Pengawal yang berkawal di hadapan Dolmabahçe Palace
Sebelum balik ke hotel, kami bersiar-siar seketika di Kabataş Pier. SepertiEminönü di Old City, Kabataş juga adalah pangkalan feri yang sibuk di Istanbul. Masjid Dolmabahçe yang tadinya sibuk dengan upacara pengebumian Suleyman Seba juga telah kembali tenang.
Sama seperti semasa kami di Beylerbeyi Palace dan Topkapi Palace, di Dolmabahce Palace juga saya beli CD yg ada foto2 dalam istana since photography is not allowed. Most photos saya share di sini adalah dari CD tersebut dan selebihnya dari internet.





PALACE ARCHITECTURE

PALACE DECORATION









PALACES FURNISHING ELEMENTS












GATES AND SURROUNDING WALLS










MAIN STRUCTURE








IMPERIAL MABEYN CHAMBERS

IMPERIAL MABEYN CHAMBERS




MAIN ENTRANCE HALL












WRITING ROOM








 SELAMLIK ENTRY-EXIT HALL














WORSHIP PREPARATION ROOM








MESJID














CRYSTAL STAIRCASE

















AMBASSADORIAL HALL

















INTERPRETER'S ROOM







WAITING ROOM










AMBASSADORIAL RECEPTION ENTRY










AMBASSADORIAL RECEPTION CHAMBER









ROOM NUMBER 32







CHAMBER OF SAKAL-i SERIF









ROOM NUMBER 35







ROOM NUMBER 36








ZULVECHEYN HALL
















PROPBYRY ROOM









LIBRARY










WHITE ROOM






ROOM NUMBER 45





SULTAN'S BATH - HAMAM

















MUSIC ROOM









HALL OF REMEMBRANCE







ROOM NUMBER 49









Bersambung ke bahagian 2....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. besar gila Istana !!
    tak jumpa / perasan lak berapa total bilik nya..

    tang chandelier pun harganya dah boleh biat satu istana kecik..
    masih ada Sultan /waris tinggal dalam nya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar lah sgt doc! Kalau nak pusing semua area kena sehari suntuk. Tu pun belum tentu boleh cover seluruhnya.
      Tapi besar2 pun pada saya istana ni sgt menarik. Terlalu byk details dan setiap bilik atau hall semuanya berlainan, tak de yg sama.
      Saya in awe of the grandiose! Semuanya grand dari carpets sampai la ke siling.

      Haha... I agree. Chandeliers tu sgt cantik dan besar2 sampai kata tour guide pihak muzium tak nyalakan ada satu chandelier besar sebab sgt kuat guna letrik. Also terlalu sgt besar dah lama dah tak dicuci sebab ada beribu2 crystals! Jenuh nak cuci! Chandelier yg dalam Muayede Hall tu dibeli dari England beratnya 4.5 tan!

      Dah tak de dah doc. Dah jadi muzium dah istana tu sekarang.

      Delete
    2. Ooppsss.. total bilik ada 285 bilik, 44 bilik reception and 6 hamams.

      Delete