Sunday, June 29, 2014

BALI 2014 - DAY 01 - PART 02 - KECAK DANCE

Selepas spending time di GWK, kami seterusnya ke Uluwatu Temple to watch Bali's most well known performance art that is the Kecak Dance yang mengisahkan epik Ramayana melalui tarian yang dramatik dan diiringi dengan gamelan suara atau 'voice orchestra' dan costumes yg cantik.

Sering dikatakan keindahan Kecak adalah pada 'Cak, Cak, Cak'nya yang complex dan multi-layered.

Dari apa yg saya baca, ada teori kata 'Cak, Cak, Cak' tu asalnya dari sorakan respect dan hormat kepada Kicaka, seorang perdana menteri yg hebat di Kerajaan Wirata. So lepas menang perang penduduk kingdom tu akan sorak 'Kicaka, Kicaka, Kicaka' sebagai sambutan kepulangan Kicaka. Lama-lama salutation tu dipendekkan jadi 'Cak, Cak, Cak'.

Interpretasi yg paling popular 'Cak, Cak, Cak' tu datangnya dari bunyi cicak rumah. Disebabkan ramai Balinese percaya cicak rumah tu messenger yang bawa tuah, jadinya kalau di kuil chorus tu digunakan masa trance untuk 'panggil' lebih tuah dari dewa2 yang duduk di kuil2 tu.

Tapi most likely, kata satu pendapat, 'Cak' tu tak de kena mengena pun about being a hero atau cicak rumah. Cuma ianya hanyalah bunyi suara yg manusia buat yang tak ada maksud apa2 pun.

Rupanya Kecak dance ni ada 2 jenis.
Ritual [non-dramatic] Kecak dan satu lagi dipanggil Secular [dramatic] Kecak.
Ritual Kecak akan diiring dengan penari2 yg akan 'dirasuk/tranced' yg dipanggil Sanghyang trance dance.
Secular Kecak pula versi yg dipersembahkan pada pelancung di mana vocal chanting digunakan untuk mengiringi dramatic performances.

Sedikit info tentang kumpulan gamelan suara. Ada beberapa members yg punya tugasan tertentu:
Beat Keeper - Juru Kelempung
Melodie Leader - Juru Gending
Chorus Leader - Juru Tarek
Dhalang - The Narrator
Soloist (Singer)

Ok, so enough info right? Hihi.....
Now on with the photos. And I took A LOT of photos...hihi..... :)

Wedding photoshoot di Uluwatu Temple? Of course. Tempat tu memang cantik. Tapi saya included this photo sebab sebenarnya kedua2 pengantin ni tengah dok perhati photographer mereka tengah kejar dan halau monyet2 yg apparently mengganggu photoshoot tu. Hahaha.... lucu betul! Tu la, bukan senang nak jadi wedding photographer sebab skill halau monyet pun mesti ade. Actually monyet2 kat sini memang sangat nakal!

Masuk temple kena hormat temple. Makanya dimestikan pakai kain tutup kaki. Kami berdua pakai pants so tak payah pakai kain ungu tu. Cuma kena lilit kain kuning tu je.

Pak Wayan kata kami kena sgt hati2 dgn monyet2 kat sini. Jangan bawak makanan atau bottled drinks dalam bag plastik. Nanti kena 'attack' dan diragut oleh monyet2 aggressive tu. Camera, especially yg compact pun kena jaga. Juga cermin mata. Ada pelancung yg kena ragut spectacles. Yg anehnya ada gak kes di mana cermin mata [yg dah patah] yg diragut monyet boleh dapat balik dari monyet oleh locals di situ. So kalau nak balik cermin mata tu kena bayar la pada locals tu. Pak Wayan suspect monyet tu dah dilatih.

Sebelum tengok Kecak dance tu, kami jalan2 tengok old temples di situ.

Juga ambik foto sceneries yg sangat cantik.











Pas tu Pak Wayan suggested that elok kami ke tempat show awal sikit untuk dapat seats [free seatings] yg best for viewing dan for photography. Show starts at 6:00 pm dan masa tu walau pun baru 5:30 pm kami dapat nampak dari jauh yg tempat tu dah nak penuh. Berkejar kami ke sana...haha....

Sambil menunggu show starts, saya pun took a few shots. Testing. Bersiap setting camera preparing for the changes in lighting dari terang, ke senja dan ke mlm.

A nice view imho :)

Sebelum show starts, this holy man blessed the place first. Renjis2 dan nyala api.


Then lady ni pun announce the start of the show.

Dan the chorus members pun keluar sambil chanting.






Holy man also blessed the chorus members by renjis2 on them.



Aaa... shot yg saya dah begitu lama plan nak ambik...hihi....






Ok, sebelum saya teruskan dengan foto2 cerita epik Ramayana, saya perkenalkan dulu watak2 dalam tarian ini.

Hero dan heroin, Sri Rama dan Dewi Sita.
I think penari yg membawa watak Dewi Sita cantik orangnya.
Sri Rama tu penari seorang wanita.

Ni watak villain nya, Rahwana. Peranda tu juga watak jahat tu.

And this is Laksamana, brother kepada Sri Rama.
Maricha pula ialah Prime Minister si Rahwana.

Twalen is Sri Rama's chief servant.
Trijata is Rahwana's niece.

Jatayu is the Garuda the king of all birds.
Hanoman, the white monkey, pengikut setia Sri Rama.

Now on with the story....

Putera Sri Rama, next in line to be the king of Ayodya kingdom dan isterinya Dewi Sita telah dihalau dari kingdom tu oleh King Dasarata kerana penipuan yg dibuat oleh mak tiri Sri Rama. Cerita bermula dengan ketibaan Sri Rama dan Dewi Sita yang diiring oleh brother Sri Rama, Laksamana, di hutan Dandaka.



Mereka kelihatan begitu romantik dan gembira despite baru je kena halau dari kingdom mereka.
Aaa.... dah in love la katakan...hihi...






Lagi aksi2 tarian yg begitu romantik oleh Sri Rama dan Dewi Sita.


Rahwana, King of Alengka, dah lama dok perhati mereka dan dah mula syok kat Dewi Sita [who can blame him right? Hihi...]. So Rahwana hantar Maricha dan suruh Maricha isolate Dewi Sita supaya dia boleh culik Dewi Sita. So Maricha pun gunakan kuasa magik dia dan bertukar jadi golden deer. Tu dia! Bila rusa emas tu lalu depan Dewi Sita maunya dia tak teruja. Langsung dia minta Sri Rama pi tangkap rusa emas tu. Sri Rama pun akur la pada permintaan isteri dia. Dia pun suruh le Laksamana jaga Dewi Sita elok2 dan protect isteri dia.

'Bang, tangkap bang... tangkap!". Agaknya gitu le jeritan excited Dewi Sita bila nampak rusa emas tu.

Wooo.... kalau nampak rusa emas cantik joget2 macam ni dalam hutan, aku cabut dah...hihi...



"Ok, aku nak pergi buru rusa emas tu. Kau jaga bini aku elok2!". Gitu la gamaknya dialogue secara ringkas...hihi...





Sambil tu the chorus members tak henti2 ber'Cak, Cak, Cak'....

Tiba2 Dewi Sita macam terdengar suara jeritan Sri Rama mintak tolong. Dia terus suruh Laksamana pegi tolong Sri Rama. Laksamana yg dah dipesan keras oleh Sri Rama to stay and protect Dewi Sita jadi serba salah. Langsung Dewi Sita paksa jugak dan tuduh Laksamana tu pengecut.  

Laksamana dalam keadaan serba salah. Watak ini juga ditarikan oleh seorang wanita.  

Dewi Sita kemurungan. Tapi tetap anggun...hihi...

Sebelum pergi cari Sri Rama, Laksamana sebagai protection telah membuat satu bulatan magik mengelilingi Dewi Sita. Dan Dewi Sita is not to step out of the circles for whatsoever reasons. Yang cantiknya bulatan magik tu dipresent dengan bulatan chorus members.

Laksamana berpesan kepada Dewi Sita supaya duduk dalam bulatan dan jangan sesekali keluar.

Saya susun foto2 supaya nampak macam Dewi Sita dikelilingi 'bulatan magik' :)

Dewi Sita menunggu dengan penuh kerisauan.

Haaa... bila Dewi Sita dah tinggal sorang2, maka Rahwana pun mula nak melaksanakan niat jahat dia.

Sebelum dia culik Dewi Sita, dia menari-nari dulu kat pintu gerbang.
Mengong betul la mamat kat belakang tu. Gi la berdiri tempat lain. Rosak shot2 aku....

Tu dia... Rahwana dah nampak Dewi Sita yg masa tu tengah menari-nari diringi gamelan suara.
Gagah cara dia jalan... dah tak sabar la tu..... hihi...

Tapi Rahwana tak boleh datang dekat disebabkan oleh bulatan magik.

"Grrr....."
"Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku!"
Gitu la kot dialognya...hihi....

Dewi Sita resah dengan kedatangan Rahwana yang berwajah menakutkan itu.

Rahwana jadi frust terus mengamuk. Begitulah kehebatan wanita secantik Dewi Sita. Huru hara Rahwana dibuatnya.

Dewi Sita terus keresahan. Sementara itu Rahwana mencari jalan lagi. Dia kelihatan seperti menjampi mentera.

Dewi Sita terus menari-nari kerisauan.

Tetiba muncul holy man tua ni meminta kepada Dewi Sita sedikit makanan sebab dia tengah lapar dan kesejukan. Dewi Sita sebab rasa kesian pun keluarlah dari bulatan magik nak bagi some food to the old priest. Sebenarnya holy man tua tu ialah jelmaan si Rahwana.

Voice orchestra by the chorus members terus ber'Cak, Cak, Cak'....

Bila Dewi Sita dah keluar dari bulatan magik tu, pe lagi terus la si Rahwana grab Dewi Sita.

Jeritan ketakutan dan panik Dewi Sita telah didengar oleh king of all birds si Jatayu aka Garuda. Dia pun terus ke tempat kejadian dan cuba tolong.

Somehow Rahwana lagi terror....



Rahwana was victorious. Langsung dia panjat atas chorus members dan bersorak.





Pas tu scenes Sri Rama, Laksamana dan Twalen [Sri Rama's chief servant] berbincang macam mana nak selamatkan Dewi Sita.




Then muncul pulak Hanoman nak tolong Sri Rama. Dia ni memang pengikut setia Sri Rama seperti yg tercatat dalam byk hikayat2 hindu.

Sri Rama minta Hanoman bawa cincin dia dan bagi kepada Dewi Sita untuk kasitau dia masih hidup.

Cak, Cak, Cak!!!

Ni pula scenes Dewi Sita bercerita keluh kesah dia pada Rahwana's niece Trijata.




Then Hanoman datang dan kasi cincin Sri Rama pada Dewi Sita. Dewi Sita pun sgtlah gembira. Dia pun bagi sikat dia pada Hanoman untuk diberikan pada Sri Rama to show that she is still alive dgn note to come and rescue her.


End of story. Barisan para penari malam itu.

Lepas tu show tak habis lagi. Keluar pulak 3 orang pelawak. Boleh tahan lucu gak diaorg ni.

Then of course acara mengajak penonton menari.

Mamat ni sambil menari sempat bergambar selfie style dgn pelawak2 tu...haha...

Then, si Hanoman beraksi in a big circle of fire. Dia lari2 here and there sambil menyepak2 bara2 api tu. Look quite dangerous.





Lepas show kami pun ke Jimbaran for dinner on the beach. Well, ok, ok je makanannya. Asal kenyang syukur Alhamdulillah....

End of day 1 at Bali.

To be continued.......

Di bawah ni saya senaraikan links kepada semua entries Bali 2014 saya:
1) BALI 2014 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE AND GARUDA WISNU KENCANA CULTURAL PARK

2) BALI 2014 - DAY 01 - PART 02 - KECAK DANCE

3) BALI 2014 - DAY 01 - PART 03 – STREET

4) BALI 2014 - DAY 02 - PART 01 - BARONG & KERIS DANCE

5) BALI 2014 - DAY 02 - PART 02 - BALI BIDADARI BATIK

6) BALI 2014 - DAY 02 - PART 03 - DEWI's FINE ART GALLERY & GOLD/SILVER JEWELRY & PADDY FIELD

7) BALI 2014 - DAY 02 - PART 04 – TEGALALANG

8) BALI 2014 - DAY 02 - PART 05 - TIRTA EMPUL

9) BALI 2014 - DAY 02 - PART 06 – STREET

10) BALI 2014 - DAY 02 - PART 07 - KAMPUNG AREA

11) BALI 2014 - DAY 03 - PART 01 - KUTA BEACH

12) BALI 2014 - DAY 03 - PART 02 - SURFERS KUTA BEACH

13) BALI 2014 - DAY 03 - PART 03 - DOMBA COFFEE

14) BALI 2014 - DAY 03 - PART 04 - SCHOOL KIDS

15) BALI 2014 - DAY 03 - PART 05 - TANAH LOT

16) BALI 2014 - DAY 03 - PART 06 – PROCESSION

17) BALI 2014 - DAY 03 - PART 07 - PACUNG RESTAURANT

18) BALI 2014 - DAY 03 - PART 08 - ULUN DANU BERATAN

19) BALI 2014 - DAY 03 - PART 09 - DEVDAN SHOW

20) BALI 2014 - DAY 03 - PART 10 – STREET

21) BALI 2014 - DAY 03 - PART 11 - WHILE PASSING THROUGH VILLAGES

22) BALI 2014 - DAY 04 - PART 01 - KUTA BEACH

23) BALI 2014 - DAY 04 - PART 02 – SURFERS

24) BALI 2014 - DAY 04 - PART 03 - MONUMEN TRAGEDI KEMANUSIAAN

25) BALI 2014 - DAY 04 - PART 04 - PATUNG SATRIA GATOTKACA

26) BALI 2014 - DAY 04 - PART 05 – STREET

27) BALI 2014 - DAY 04 - PART 06 - FOOD IN BALI

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.