Thursday, April 24, 2014

JAPAN TRIP 2014 - DAY 03 - DISNEYSEA PART 03

Now, to me the main event kat DisneySea ialah the water parade, the Legend of Mythica. This musical performance dibuat di tasik di area Mediterranean Harbor.

Ok sedikit latarbelakang Legend of Mythica.

Kononnya pada zaman dulu2 ader mahkluk2 mistik seperti Hydra [raksasa dari tasik Lerna di Peloponnesus yg ader byk kepala di mana kalau satu kepala di potong akan tumbuh lagi dua kepala - yg Hercules lawan dan bunuh tu], unicorns [kuda putih dgn satu tanduk], phoenix [burung Arab legenda yg 'memperbaharui' dirinya sekali dalam 500 tahun dgn membakar dirinya dan kemudian menjelma dari abunya sebagai burung Phoenix yg baru] yang hidup aman damai dan harmoni dgn manusia. Lama2 hubungan makhluk2 mistik ni dgn manusia mula tegang bila manusia mula buat macam2 hal seperti keganasan dan kacau bilau hingga makhluk2 ni dah tak der pilihan melainkan membawa diri ke dasar lautan yg dalam dan tidak pernah muncul lagi.

Nak cerita tambah sedap, these mystical creatures have spiritual companions. Spirits ni la yg telah mengajar manusia untuk belajar semula mengenai cinta dan harmoni dan sekali gus dunia juga jadi aman damai. Yay!

Dan siapakah spirit2 ini? Nama pun dah DisneySea kan, mestilah spirit2 tu Disney characters dan watak kartun lain...hihi.

Mickey Mouse as the Spirit of Imagination
Minnie Mouse as the Spirit of Love
Donald Duck as the Spirit of Adventure
Goofy as the Spirit of Laughter
Pluto as the Spirit of Truth
Chip n' Dale as the Spirit of Friendship
Magicus, an earth spirit
Aerius, an air spirit
Aquatica, a water spirit
Ashin, a fire spirit

Setiap pakaian spirit2 ni direka dgn motif gemstones yg tertentu. Spirit of Imagination dgn diamond, Love dgn ruby, Adventure dgn sapphire, Laughter dgn amethyst, Truth dgn emerald dan Friendship dgn citrine. 

Utk show ni the spirits are designated, contohnya, to be sea serpent [raksasa ular atau dragon], ram [uncastrated sheep jantan dewasa], katak, turtle dan griffon [monster berkepak berkepala helang dgn body lion].

Ada live dancers, amazing and colourful floats, animatronics, karakter2 in wonderful costumes yg buat performance di platforms and on board of watercrafts, excellent loud vibrant music, jetskies, kites, fireworks, smokes, fire, special effects.... semuanya begitu grand dan epic!

Show ni selama 25 minutes dan sgt awesome. There are so many details and will thus give you a different show if seen from different angles.

And now I present you DisneySea's Legend of Mythica. EnJoY! :)
































































































Ok, memang puas hatilah dapat ambik gambar water parade ni. It was super awesome. Kalau di Disneyland parade atas jalan raya dan so far aku dah pun shoot parade Disneyland sebyk 3 kali: 2 kali di Hong Kong Disneyland and 1 kali di Tokyo Disneyland. DisneySea parade nak shoot memang mencabar. First, mesti dptkan lokasi yg best to shoot. Org ramai so kena berada tepi tasik tu awal. Masa kami sampai org dah ramai so terpaksa menyelit2 sikit. Secondly, subjects on the water tu jauh, elok ader lens yg leh zoom. Tapi floats akan buat pusingan and will come close to you to take photos. Thirdly, cabaran nak ambik both water performance and on dock performance. So tempat nak shoot kena strategic lah. Apa2 pun syukur Alhamdulillah..... :) 

Lepas tu kami pun bergegas ke DisneySea's Public Relations office. Kami nak mintak pakai bilik untuk solat jika ader. Hmm.... even kat PR office staff nya susah nak berbahasa Inggeris. Pe lagi, aku pun guna la kebolehan menggunakan bahasa isyarat tangan....hihi.... Macam2 cara aku dan wife cuba relate. Last2 aku buat style macam org budha praying, put hand together cam holding imaginary joss stick dan hayun kedepan belakang sambil tunduk2 sikit... haaaaa..... baru dia faham. Terus dia ke belakang to check and then dgn begitu polite dan courteous bawa kami ke bilik khas di belakang. Alhamdulillah syukur dapat kami menunaikan solat kami.

Seterunya kami pun naik balik train ke Disneyland station untuk berkumpul semula dgn ahli rombongan lain di pintu masuk Disneyland. To assemble balik pukul 4:00 pm dan bertolak ke Mount Fuji.

Seterusnya kami pun bertolak ke Mount Fuji. Sign board tu, yg merah tu maknanya jalan tgh jam. 

Kat Jepun highway bertingkat dan tinggi2. Tu yg boleh ambik gambar bumbung2 banggunan :)


So pristine and clean. Bandar clean, sungai clean, udara clean. Le sigh. 


Nice view, right?

Flyovers yg modern dan bertingkat2. Walau pun letih spend time berjalan2 sana sini dari pagi di DisneySea, aku tetap masih ader tenaga utk ambik gambar as most other passengers dah tido. Rugi la kalau tido when there are many interesting things out the window. Sampai hotel baru la tido, ye tak :)

Another awesome view, imho :)



Di Jepun highway dibina dekat dgn living quarters. So kena ader special sign such as this - a symbol of baby sleeping. So maknanya tolong jgn nak horn kereta kuat2. Kalau kat Malaysia jgn nak merempit. Bising!

Like I mentioned earlier, kat Jepun ader undang2 pemandu bas kena stop selepas 2 jam perjalanan kat any RnR. Yg ni RnR besar macam airport atau gudang. Macam2 ader kat dlm. Tapi aku fascinated sgt yg kat luar ni. Ader tempat untuk kereta electrik charge bateri kereta. Awesome! Clean energy!

Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan, kami pun, Alhamdulillah, sampai ke kawasan pergunungan Fuji. Kami tiba di hotel Fujinoboukaen ni pada pukul 8:30 pm. Style hotel ni macam cara tradisonal Jepun yg dipanggil ryokan. No bed, tapi tido atas tilam atas lantai dgn very comfortable comforters. Actually this is very good for my back yg dah rasa lenguh2 kerana byk jalan2 bawak camera berat dan duduk lama dlm bas. Ok, la tu semua alasan, yg sebenarnya udah tua dah...hihi. But really la, dpt baring flat on the floor tu was really2 therapeutic. Kat hotel ni juga ader onsen, tempat mandian air panas. Tapi... eee... malu... kena telanjang...hihi... boleh tutup bahagian depan dgn kain kecik je... Baik aku shower dlm bilik hotel lagi selesa.

Lepas dah letak beg, kami turun untuk dinner. Dinner secara buffet malam ni. So En.Wan bantu kami bagitau apa yg boleh makan. Byk sebenarnya yg boleh. Food labelling oleh hotel's kitchen staff juga sgt jelas dan helpful. Yep, boleh turun makan pakai kimono/yukata yg ade disediakan di bilik hotel. My photo in yukata? Sorry, not posting cause I do not look good in yukata...hihi... 

Ader fish, vege tempura, vege fried noodles, beans, prawns and rice. Ader vege soups, desserts and fruits. Many choices. Healthy choices. 



Since kami tak dpt makan most of the main dishes dari meja buffet, pihak management hotel telah menyajikan khas untuk kami hidangan ketam besar ni. 
Alhamdulliah.
A perfect way to end day 03 :)
Bersambung.....

Di bawah saya senaraikan links untuk kesemua entry JAPAN TRIP 2014 saya:










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. sooo vibrant and colourful!!!
    ni macam parade yang biasa kat Disneyland tu lah kan.. tapi kat atas air..
    yang terbang2 kecik2 ada lima tu ada?
    layang-layang?

    pada saya..
    patung-patung kecik2 Jepun itu adalah menakutkan!
    semacam je.. hehehee..
    mungkin sebab pernah nengok cerita hantu jepun gitu dulu masa kecik2 kot..


    dah check kolesterol dah lepas balik dari Jepun? hehheehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed it was! One of the most spectacular parade I had seen.
      Yep, like Disney but in a much grander scale. Almost epic.. to me la.. hihi
      Betul tu doc. those are indeed kites...

      Haha... yea, they can be quite scary. Yg I suke tang the intricate details. Me imagining the kemahiran yg diperlukan untuk buat patung2 tu and to dress them.

      Hihi.. tak check doc.. tapi rasa ok je ni... hihi...

      Delete