Kadang-kadang bila kita jalan di bandar kita nampak mereka.
Kita terus rasa takut. Atau rasa jijik. Atau kita langsung tak mahu melihat. Kita ignore. As if they are not there.
Kita marah sebab mereka 'sampah' masyarakat. Kadang-kadang tu kita kata, 'Muda, sihat, cukup anggota tapi hidup macam tu. Cari la kerja'. Atau kita kata, 'Tak siuman la tu'. Begitulah pelbagai perasaan dan telahan kita. Macam-macam anggapan kita. Kita yang tak tahu hujung pangkal cerita mereka. Keperitan hidup yang mereka lalui. Kita yang bukan pakar begitu mudah melabel orang lain tak siuman. Ye la kan, kalau dah tidur kat kaki lima, maka dah sah lah tak siuman. Judging. Judging. Judging.
Then kita elak dia. Such an unpleasant sight so sanggup kita ambik jalan jauh. Demi keselamatan. Takut kalau betul dia tak siuman, nanti kena serang pulak. Bila jalan dekat hidung kita diserang bau yang sangat kita tak tahan. Kita pekup hidung. Kita percepat perjalanan kita. Sambil berkerut dahi, kita nak cepat blah dan forget we ever see them. Nak cuba tolong? Ehh... macam-macam alasan we can think of not to. Right?
At the very least, shouldn't kita bersyukur kita tidak begitu. Kaum keluarga kita juga tidak begitu. Suratan perjalanan hidup kita tidak begitu. Thus make us more humble.
Kenapa la saya nak ambik gambar-gambar macam ni. Pada saya photography ni bukan untuk capture yang indah sahaja. Only shoot 'safe' subjects. No. I learn more from the 'gritty' images. The so-called real depiction of life.
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.