Tuesday, August 28, 2007

HONG KONG

Pengalaman percutian yang menyeronokkan ke Hong Kong bermula dengan penerbangan Business Class Cathay Pacific dari KLIA. Sebenarnya, kami mendapat free upgrade ke Business Class kerana flight overbooked.

Penerbangan dari KL ke Hong Kong memakan masa 3 jam 30 minit. Setibanya di Hong Kong International Airport, tourist guide kami yang bernama Elton telah sedia menanti.

2007-08-28






Dari Airport, kami terus saja ke hotel penginapan kami, Royal Plaza Hotel yang terletak di kawasan yang bernama Mong Kok di Kowloon.



Yuen Po Street Bird Garden menjual burung-burung hidup di dalam sangkar.

























Di sekitar pusat bandar di Hong Kong, terdapat laluan pejalan kaki dinamakan Skywalk yang merentasi jalan-jalan yang sibuk di bawahnya. Laluan pejalan kaki ini memudahkan orang tempatan dan pelancong bergerak ke destinasi tujuan tanpa halangan cuaca dan trafik.





2007-08-29




















Goldfish Market di Mong Kok.





































Hong Kong Disneyland yang terletak di Pulau Lantau menjadi destinasi pada hari kedua di Hong Kong. Kami ke sana menaiki shuttle bus dari hotel yang disediakan oleh Hong Kong Disneyland dengan ditemani Elton.

















Disneyland famous dengan pelbagai perarakan Disney Magical Parade yang memang tidak dinafikan sangat menarik. Ia disertai pelbagai karakter Disney yang berarak sambil membuat persembahan. Perarakan ini diadakan 2 kali sehari: satu di sebelah pagi dan satu lagi di sebelah petang.
























































Selain parade, Disneyland juga ada beberapa persembahan berbentuk teater yang menarik. Atas saranan Elton, kami menonton "The Golden Mickeys". Tapi ada rasa sedikit pelik mendengar Mickey Mouse bertutur dalam bahasa Cina.





































Di sebelah petang, kami tonton satu lagi parade. Parade di sebelah petang ni adalah "Wet Parade" ~ main sembur-sembur air kepada penonton.


Kalau tak mahu kebasahan sewaktu menonton Mickey's Waterworks Parade ini, boleh berdiri di Dry Area. Kat situ dijamin tak akan kena semburan air, tapi tak fun lah!








































Atas saranan Elton, kami tak menunggu melihat Fireworks sebelah malam di Disneyland kerana dia nak membawa kami ke naik Peak Tram di Victoria Peak.


Pemandangan bandaraya Hong Kong waktu malam dari Victoria Peak memang mengkagumkan.



Peak Galleria yang terletak di puncak Victoria Peak adalah sebenarnya sebuah pusat membeli-belah. Satu-satunya makanan halal yang kami temui di sini untuk dinner adalah tuna sandwich yang dijual di Delifrance.


Lepas dinner, kami melawat muzium patung lilin Madame Tussaud's. Sebahagian besar patung lilin yang terdapat di sini adalah bintang-bintang filem Hong Kong yang tidak kami kenali.
































Kami tak menaiki Tram untuk turun dari Victoria Peak. Sebaliknya Elton membawa kami naik bas 2 tingkat. Dia membawa kami naik ke tingkat atas bas dan beriya-iya menyuruh kami duduk di kerusi paling depan. 

Bila bas menuruni Victoria Peak, sekali lagi kami merasa macam naik roller coaster. Jalan yang dilalui bas curam, sempit dan berbelok-belok. Bila bas 2 tingkat kami berselisih dengan bas yang lain, rasa macam nak berlanggar. Elton cuma tergelak tengok kami berdua suspen begitu! 


2007-08-30










Di Pulau Hong Kong, kami dibawa ke Stubbs Road Lookout untuk melihat pemandangan bandaraya Hong Kong. Stubbs Road Lookout ini terletak di pertengahan jalan naik ke Victoria Peak yang kami kunjungi dengan Peak Tram pada malam sebelumnya.









Aberdeen adalah sebuah perkampungan nelayan di Pulau Hong Kong. Di sini, kita boleh menyewa bot untuk bersiar-siar di kawasan perkampungan nelayan.









































Makan tengahari kami disediakan di Pusat Islam Osman Ramju Sadick di Central Hong Kong. Istimewanya, masakan yang disediakan adalah authentic Chinese. Terperanjat tengok kaki ayam menjadi sebahagian hidangan utama yang dihidangkan.

















































2007-08-31
Hari keempat adalah hari terakhir di Hong Kong. Memandangkan penerbangan pulang adalah di sebelah petang, kami menyewa sebuah teksi untuk pergi ke Kowloon Park.






























Dari Kowloon Park, kami berjalan kaki ke Avenue of Stars. Pemandangan Pelabuhan Hong Kong juga amat menarik dari Avenue of Stars. Kebetulan ada penggambaran filem sedang dilakukan di sana. Tapi disebabkan tak mengikuti perkembangan filem Hong Kong, maka tak kenallah pulak pelakon yang berlakon.













Begitulah catatan serba ringkas penuh dengan foto-foto saya semasa bercuti di Hong Kong.

Syukur Alhamdulillah. 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment