Tuesday, March 30, 2010

SIMPLE JE, TAPI BUAT AKU TAMBAH

So, last weekend I finally took a much needed break. Saturday, Sunday, Monday and Tuesday. Lama dah nak pegi somewhere nak berehat. Keje almost everyday left office around 9:00 pm. Crazy.

So mana saya pergi? Dekat je dan tak perlu guna passport. Saya cuma pandu dalam 2 jam ke destinasi percutian saya. Saya ke Teluk Intan... hehe.

Okeh, bayangkan....

Duduk di anjung rumah kampung sambil di belai lembut oleh angin petang...

Sambil bersandar di dinding papan, kaki berlunjur, mata ditutup dan mendengar kicauan burung-burung. I kid you not, there really actually were more than 10 species of birds masa tu. Sambil duduk di situ, sambil trying to figure out dari kicauan burung tu agaknya ada berapa jenis burung. Saya tersenyum sendiri bila teringat kalau di KL selalunya ada bunyi burung gagak je. Bunyi, bukan kicauan. Also burung hornbill Pun ada. Serious. Nanti next entry I post gambar burung tu.

Sambil duduk di anjung.... mata tertutup, angin lembut lewat tengahari, dihibur dgn kicauan burung-burung, mak kawan saya datang dan bagi pulak bantal. 'Terima kasih mak cik. Susah-susahkan mak cik je'. 'Eh, apa yang susahnya. Syed penat kan, haaa.. tidur la dulu. Nanti mak cik dah siap masak, mak cik suruh Man [kawan saya] kejutkan'. 'Hmmm... ye lah mak cik. Terima kasih mak cik'. Aku tepuk-tepuk bantal empok tu. Hmmm.... bantal kekabu... bestnya. Lama dah tak tido pakai bantal kekabu. Sejuk tak macam bantal sepan.

Bangun-bangun je dah terhidang lunch. Di anjung tu jugak. Betul -betul sebelah saya. Punya la saya lena sampai tak sedar hidangan dah siap.

Lunch nya simple je, tapi masyaAllah sedapnya susah nak describe. Tak henti dalam fikiran saya sebut syukur Alhamdulillah. Agaknya sebab simple tu la yg jadi sedap. 



Fuhh.... sambal ikan bilis yang sungguh menyelerakan. Makan dengan nasi je actually pun dah cukup. Kenapa ek kalau mak kita masak sedap sangat rasanya banding dengan kat kedai? Cukup segala, pedasnya, masamnya, masinnya....


Pucuk ubi masak lemak. Need I say more my friends? Kombinasi yang sangat sesuai dengan sambal ikan bilis tu. Mak kawan saya baru je petik pucuk ubi ni tadi kat belakang rumah. So fresh!


Padahal ikan goreng je. Tapi kenapa rasa sedap sangat ek? Ikan kerisi goreng ni melengkapkan lagi hidangan dan menambah selera.


Dan yang paling saya nantikan ialah lauk ni. You see, saya ke sana selain nak berehat bercuti, juga kerana nak tengok projek yang kawan saya buat. Dia buat projek tanam cendawan tiram kelabu. Seronok saya dapat tengok proses penanaman cendawan. How the mushroom grow from this super tiny white spots to grown cendawan kelabu dalam masa beberapa jam je. Yg bestnya saya try makan terus cendawan yang baru dipetik. Mentah-mentah. Mula-mula gusar la jugak, tapi bila dah rasa 'kemanisan'nya, waaa... It was quite a delightful experience. Ni cendawan fresh terus dari rumah cendawan. Digoreng ringkas je dengan bawang besar, bawang putih, lada merah, tauhu dan daun sup. Kerap kerup saya kunyah cendawan tu. Elok kenyal and 'meaty' and 'rangup'. So fresh!


And of course makan dengan nasi panas.


Then esoknya, di pagi yang dingin, mak cik buat sarapan nasi goreng pedas ikan bilis, cucur [ada cili padi.. ya Allah.. sedapnya] makan either of them dengan sambal ikan bilis semalam [yang rasanya bertambah lagi sedap dari saya makan semalam.. hehe]. Di lengkapi dengan milo panas....

Rasanya tak der nasi goreng sedap macam ni kat hotel.. hehe




Cucur yg buat saya kecur. Cicah dengan sambal ikan bilis tu... aduhhh... nikmat :).




Lagi gambar sambal ikan bilis... hehe


Tengah nak suap pun sempat ambik gambar.... agar aku tidak lupa akan kurnia nikmat dariNya...


Yes, simple tapi menyelerakan. Accomodation yang ringkas tapi selesa dan bisa menenangkan fikiran. Kenapa? Saya pasti faktor persekitaran memainkan peranan. Ketenangan sekeliling yang jauh dari hingar bingar kota, nyaman berangin, dengan bunyi-bunyian burung-burung, ayam dan serangga, suasana kampung yang tenteram. Saya tak pandai la nak describe how tranquil it was to be there. Macam mana ketenangan tu menyerap masuk ke dalam diri saya. Rasa relaks sungguh.

Ok la. Next entry, saya share more photos. Ada gambar pokok kelapa, pisang dan ubi kayu. Ada gambar pokok bunga kantan. Ada gambar buah ciku dan nangka. Ada gambar ayam dan burung hornbill. Well, they may not excite some of you but to me they are part of my most memorable vacation I've ever had.

In this ever so complicated world, best that we take time off and appreciate the simple things in life ;).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, March 17, 2010

PRODUCT SHOTS

Fun stuff!!

Gettin' all wet while capturing these images ... hehe :)









No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Sunday, March 14, 2010

OH BULAN

Kau nampak cerah malam ni.. terang... indah di langit gelap... kejap ya, aku ambik camera... :).


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Sunday, February 21, 2010

MACRO SAYUR

Most times, for me la kan, idea nak fotografi ni boleh datang at the most unexpected time. Like, macam hari ni saya temankan wife gi beli groceries kat Jusco. Macam biasa dia pilih-pilih, saya follow and tolak trolley. Then sampai kat vegetable section, saya noticed ada certain sayur tu has very interesting texture and pattern.

'Hmm... best kalau buat fotografi nih', terfikir masa tu. So I took a few jenis sayur and satu fruit yang saya fikir menarik.

So gini le foto-fotonya :)













No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Saturday, February 6, 2010

BULAN TERANG

Out my kitchen balcony I saw bulan mengambang. Le sigh... it was beautiful. Kalau dulu-dulu saya akan berkejar pegi ambik camera. Now ni, tengok mood. Kalau letih baru balik keje, hmph.. tak kisah pun. I hate that me. That me that had lost that excitement and childlike fascination and awe.

So I practically dragged myself and ambik camera. So shoot la view ni. Was I delighted like I used to? Not really :(. Responsibilities of life are really taking it's toll on me. Obligations, committments, assignments etc etc... blurghh....

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, December 28, 2009

DROP AND SNAP

Drop and snap. Wish it sounded that easy.. hehe.

Ni la yang saya buat masa one of those long weekends. Di luar hujan so outdoor photography is out of the question. Jiwa tengah bergelora sangat nak shooting. Dapat shooting apa-apa pun tak per. So mula la kepala go into so-called 'creative' mode :). 

Ni kiranya nak tiru macam advert kat dalam magazines. Always wondered how it was done. MasyaAllah nak set up dan dapat exposure/angles etc punya la susah. Also nak drop pulak kena precise, setepat mungkin sehingga menyebabkan subjek tu terpaksa di campak dalam air berulang kali.. haha.

Maunya saya tak basah. And of course shoot kat dalam bathroom.. hehe. Nak buat kat luar habis le. And I don't have any assistant. Mana nak drop lagi, mana nak snap shutter lagi etc. Last2 pakai timer. Agak-agak camera nak snap, baru lepaskan subjek dalam air. Kadang-kadang tu drop terlalu cepat atau lambat. Review balik image dapat gambar air berkocak je... hahaha.

Ader la a few time tu, agaknya terghairah sangat nak dapatkan 'splash' yang cantik, langsung tersplash camera. Urrghhh !! Habis la camera! Sepantas kilat saya lap dgn tisu. Mujur tak rosak. Maklum la, kamera pun dah tahap patut kena ganti dah.

Oh ya, ni semua pakai akuarium ikan :).











No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Sunday, November 29, 2009

SHANGHAI, SUZHOU AND HANGZHOU,CHINA

Lawatan sebenar yang pertama ke Negara China adalah ke Shanghai, percutian yang pertama mengikut rombongan yang diatur oleh Apple Holidays.

DAY 01: 

SUZHOU
Penerbangan Malaysia dari KLIA ke Pudong Airport di Shanghai berlepas sangat lewat malam.

Kami tiba di Shanghai pada awal pagi keesokan harinya. Tiada perbezaan waktu di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, jadi taklah sukar menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

Sewaktu kami tiba, Shanghai sedang berada di penghujung musim luruh dan menghampiri musim sejuk. Suhu di luar airport juga sangat sejuk.

Kami kemudiannya dibawa terus ke bandar Suzhou yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai. 

Impression pertama dilihat di Suzhou ialah betapa ramainya penunggang motorsikal dan basikal di sini.

Cuaca muram sepanjang perjalanan kerana ketika itu penghujung musim luruh dan musim dingin semakin hampir. 





Hotel Sheraton Tower yang terletak bertentangan dengan Beijiang Restaurant tempat kami makan tengahari. 

Hotel Sheraton Tower yang dibina mengikut senibina tradisional China.  

MASJID SUZHOU
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Masjid Suzhou. Memandangkan kami telah bersolat sewaktu di hotel, kami melawat sajalah ke masjid ini.





LION GROVE GARDEN
Kami kemudiannya melawat Lion Grove Garden, rumah keluarga arkitek I.M. Pei yang terkenal dengan rekaan piramid di Muzium Louvre, Paris.





SHOPPING STREET
Kami kemudiannya singgah di sebuah Shopping Street di Suzhou.








DAY 02:

HANGZHOU
Program lawatan Hari Kedua adalah menuju ke Hangzhou. Namun sebelum meninggalkan Suzhou, rombongan kami dibawa dulu melawat ke Kilang Sutera.

Menjadi satu kemestian bagi pengunjung ke Negara China untuk melawat kilang sutera. Sewaktu di Suzhou, kami juga berkunjung ke sebuah kilang sutera milik Kerajaan yang bernama Silk Factory No.1 pada hari kedua kami di Suzhou. 

Pokok Mulberry yang ditanam berhampiran Silk Factory No.1 untuk makanan ulat sutera. 

Proses memasak untuk mematikan ulat sutera.

Kepompong sutera dimasak bagi mematikan ulat untuk memudahkan benang sutera dikutip. 

Ulat sutera yang telah mati. Kulit tangan makcik pekerja ni cukup lembut sebab dia sentiasa berendam dalam air protein yang dihasilkan oleh ulat sutera. 

Demonstrasi kekuatan kain sutera. Tarik beramai-ramai tetap tak terkoyak. kain sutera juga digunakan sebagai salah satu lapisan jaket kalis peluru disebabkan kekuatannya, peluru tak dapat menembusi kain sutera. 

Sutera dari China dijual di seluruh dunia di bawah jenama Choyers. Sebelum meninggalkan kilang sutera, kami sempat menyaksikan pertunjukan fesyen dan juga membeli-belah barangan sutera.






Selepas melawat Kilang Sutera, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hangzhou yang terletak kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan bas dari Suzhou. 

Foto-foto yang sempat dirakan semasa dalam perjalanan ke Hangzhou.



















WEST LAKE
Tarikan utama pelancong ke Hangzhou adalah West Lake, sebuah tasik yang cantik dan menjadi inspirasi kepada Chinese Gardens.


















































SONG DYNASTY VILLAGE
Atas saranan Alan, semua ahli rombongan sepakat membuat optional tour ke Song Dynasty Village, sebuah replika kampung China purba.














THE ROMANCE OF THE SONG DYNASTY
Di Song Dynasty Village ini juga, kami berkesempatan menyaksikan persembahan "The Romance of The Song Dynasty" yang penuh dengan Special Effects yang mengkagumkan.































































































DAY 03:

LONGJING TEA PLANTATION
Bandar Hangzhou juga terkenal dengan tanaman teh hijau. Oleh itu, kami dibawa ke Longjing Tea Plantation, sebuah kebun teh berhampiran Hangzhou. Dalam Bahasa Cina, Longjing bermaksud "Perigi Naga" (Dragon's Well).









SHANGHAI
Di penghujung trip barulah kami melawat Bandaraya Shanghai. Shanghai adalah bandar terbesar di China dan ketiga besar di dunia. Kami bertolak dari Hangzhou ke Shanghai menggunakan Lebuhraya. 

Antara foto-foto yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Shanghai.





























HUANGPU RIVER CRUISE
Oleh kerana tiada event diaturkan untuk rombongan malam itu, kami sekali lagi memilih Optional Tour - menaiki bot (cruise) di Sungai Huangpu.

Bandar Shanghai memang kelihatan amat indah di waktu malam, diterangi cahaya lampu dari bangunan-bangunan tinggi di sepanjang Sungai Huangpu.











DAY 04:

PUDONG & SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTRE
Tumpuan lawatan kami di Shanghai adalah ke Pudong. Dari hotel, bas membawa kami menerusi sebuah terowong di bawah Sungai Huangpu untuk menuju ke sana.


Pudong adalah pusat perniagaan bagi bandaraya Shanghai, seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunan di sini amat tinggi dan moden. Jalan raya di sini juga besar dan lebar, tetapi kelihatan sangat lengang.

Pudong
Bangunan-bangunan pencakar langit yang ultra moden di Pudong.

Tujuan kami dibawa ke sini adalah untuk melawat Shanghai World Financial Center.

Pintu masuk ke Shanghai World Financial Centre
Bangunan Shanghai World Financial Center. Tak nampak jelas dari sini, sebenarnya bangunan ini berbentuk trapezoid dan berlubang di puncaknya.


Sewaktu lawatan kami, Shanghai World Financial Center (SWFC) adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101. Selain dari pejabat dan pusat perniagaan, bangunan ini juga turut mempunyai sebuah hotel.

Escalator di dalam bangunan SWFC
Lif ke Deck Pemandangan di Shanghai World Financial Centre. Lif ini sebenarnya 2 tingkat dan boleh dimasuki serentak dari 2 tingkat yang berlainan.
Lif naik ke Deck Pemandangan di Tingkat 94 SWFC. Untuk mengelakkan kebosanan penumpang, lif ini sentiasa bertukar-tukar warna.
Lif SWFC yang bertukar-tukar warna sepanjang perjalanan ke Deck Pemerhatian.
Deck Pemandangan di Tingkat 94, Shanghai World Financial Centre.





CHENG HUANG MIAO BAZAAR
Acara seterusnya ialah shopping. Kami dibawa ke beberapa pusat membeli-belah di Shanghai pada petang itu. Pusat pertama dilawati ialah Cheng Huang Miao Bazaar.





Di tengah-tengah bazaar ini ada sebuah Tea House yang terkenal. Malangnya sewaktu kami tiba di sini, Tea House tersebut ditutup untuk pembaikan.


Kedai-kedai di Cheng Huang Miao Bazaar kelihatan amat menarik kerana keseluruhan bazaar dibina mengikut senibina tradisional Cina. Pelbagai barangan tradisional dan moden dijual di sini.






NANJING STREET
Nanjing Street adalah sebuah pusat membeli-belah berbentuk pedestrian mall.



Memang puas melancong ke Shanghai. Kini tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Awal-awal lagi kami dah meninggalkan hotel untuk ke Lapangan Terbang Pudong.

Syukur Alhamdulillah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.