السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pagi hari ke 2 kami di Kuching kami merancang untuk ke Bako National Park.
Misty morning.
Or was it jerebu? Could it be due to all the fireworks the night before, since it was the morning of CNY? We were told that it could but it was hard to believe sebab tak kanlah sampai jerebu begini.
Since we will be doing lots of outdoor activities, maka saya check the weather. 70% chances of rain 😐. Hopefully kami tidak kehujanan masa jalan di Bako trails nanti.
Apa-apa pun sarapan dulu.
Pukul 6:30 pagi kami dah di cafe Margherita Hotel ini sebab pick up kami ke Bako National Park will be at 7:15 am.
Kami decided untuk bersarapan di hotel sebab hari itu CNY jadi mungkin susah nak cari restoran yang buka di kawasan near the hotel.
Many choices for breakfast.
Untuk mematuhi SOP Covid-19, pihak hotel mewajibkan hotel guests memakai disposable latex gloves ini sebelum memegang senduk-sudip mencedok makanan di buffet. Teringat saya dulu masa menginap di sebuah hotel di Alor Setar, buffet breakfast yang normally ada for guests tidak disediakan di mana guests diminta preorder dari set-set menu sarapan yang diprepare dan dihidangkan bila kami tiba di cafe hotel. Masa di hotel di Kuala Terengganu pula, ada staff cafe yang akan tolong ceduk atau sepitkan makanan mana yang kami hendak.
Untuk mematuhi SOP Covid-19, perordered breakfast disiapkan dan dihidangkan selepas kami tiba di Cafe hotel ketika kami menginap di Royal Signature Hotel, Alor Setar. This was back in August 2020.
Manakala di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu pula staff cafe hotel akan tolong sepitkan mana-mana makanan from the buffet breakfast spread. Jadi ini mengelakkan dari sepit-senduk di buffet ini di pegang-pegang bersilih ganti oleh ramai orang. Masa ini bulan September 2020.
Antara hidangan sarapan bufet di Margherita Hotel.
Fueling up due to the day's strenuous outdoor activities 😅.
Bukan setakat latex gloves, pihak Margherita Hotel juga turut menyediakan individual cutleries for each of its guests that are clean, sterilized and sealed in plastic ziplock bag.
Disinfected and sanitized spoon, fork and knife. |
Pukul 7 pagi kami pun ke lobi hotel waiting for the pick up.
Swimming pool Margherita Hotel.
Tepat pukul 7:15 pagi tour guide kami pun sampai. Amboi datang dengan van. Kami cuma berdua je... hihi. Agaknya ini adalah kenderaan yang standard yang digunakan oleh pihak travel agent untuk membawa pelanggan-pelanggan mereka.
Melihat iras muka tour guide kami, kami ingatkan dia berbangsa Cina. Tapi rupanya orang Islam. Nama dia Abang Danlasman bin Abang Bolhassan. Panggil saja Abang Adam, senang nak sebut kata dia... hihi. According to Abang Adam, ayah dia orang Melayu dan ibu dia berbangsa Cina converted to Islam. Abang Adam adalah orang Kuching. Ok, jom bertolak.
Ini bangunan Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).
Ini pula bangunan UCSI Hotel Kuching, a 3-star hotel.
And this is the Borneo Convention Center Kuching (BCKK) building. Abang Adam beritahu convention center ini boleh accommodate 15k people. Kata dia lagi di sini dulu pernah diadakan ASEAN Film Festival yang dihadiri oleh Jacky Chan, Steven Seagal dan Tan Sri Michelle Yeoh.
Abang Adam bercerita dia bersama rangers lain bawa Tan Sri Michelle Yeoh jalan di Bako trails and she was so energetic and strong. 'Badan je kecil tapi dia jalan lebih laju than the rest of us!', kata Abang Adam. Sampai rangers yang mengiring sama pun letih nak keep up. Kan dia martial arts person tambah Abang Adam 😄.
Ketika ini kami sedang berada di atas sebuah pulau di tengah Sungai Sarawak sebenarnya.
Lokasi bangunan-bangunan UCSI Hotel Kuching, Sarawak Economics Development and Borneo Convention Center Kuching adalah di atas sebuah pulau. |
Menuju ke Taman Negara Bako.
Masa ini kami sedang menyeberang Sungai Sarawak melalui Kuching Barrage Bridge. Kata Abang Adam di bawah jambatan ini ada baraj, hidrolik gate, yang boleh dibuka-tutup untuk kawal kemasukkan air bagi mengelak kebanjiran di kawasan tanah rendah.
Di Jalan Bako.
Gunung Santubong.
Tetiba Abang Adam jadi excited! Eh.. kenapa?!! Rupanya he spotted a rare bird yang sedang bertenggek di power line. Sangat susah nak nampak spesis burung Kingfisher tu, one in a million, sebab ia liar sikit, kata dia.
Tambah Abang Adam lagi, yang clearly kami nampak begitu teruja, kalau Kingfisher yang biasa (white collar) senang dan selalu kelihatan. Yang ini susah dan kiranya kami bernasib baik dan macam bonus dapat lihat burung itu kata dia.
Uniknya kata Abang Adam lagi, burung ni ada banyak warna. Kata dia ini spesis 'Broadbill Kingfisher'. Saya check di internet I think namanya Stork-billed Kingfisher.
Kami pun sampai ke Kampung Bako.
Kawasan Kampung Bako meliputi Kampung Bako Hulu, Kampung Bako Tengah dan juga Kampung Bako Hilir.
Lepas park kenderaan, kami pun dibawa Abang Adam berjalan ke jeti untuk menaiki bot.
Pasar nelayan Bako. Nampaknya sepi pasar ini di waktu pagi. Mungkin waktu sibuk masa nelayan pulang dari laut.
Gate masuk ke Bako Terminal. Di terminal ini ada jeti untuk bot-bot yang bawa pelancong pergi/balik ke Taman Negara Bako.
Kami tidak dibawa Abang Adam ke Bako Terminal tapi ke Jeti Nelayan Kampung Bako yang lokasinya sebelah Bako Terminal.
Kami dibawa ke jeti ini kerana ketika itu air masih surut dan adalah lebih mudah untuk bot menghampiri jeti ini dan ambil pelancong. Jadi Abang Adam sudah pun terlebih dahulu memberitahu our boatman untuk ke jeti ini.
Signboard ini juga ada kami nampak masa kami di Niah National Park kerana sungai-sungai di Sarawak memang ada buaya.
As mentioned earlier, kami bertolak dari hotel awal pada pukul 7:15 pagi. Kata Abang Adam mesti bertolak awal kerana perjalanan naik bot ke Bako National Park bergantung pada pasang surut air.
Pemandangan suasana pagi hari di Jeti Nelayan Kampung Bako dan Sungai Tabo. |
Untuk kami Abang Adam sudah pun buat boat arrangements terlebih dahulu dengan boatman. Dia buat demikian kerana kami ambil private package. Kalau tidak ambil private package boleh juga menggunakan khidmat bot di Terminal Bako tapi mesti tunggu bot penuh cukup 10 orang dulu baru bot itu jalan. Kalau tak nak tunggu, agaknya bolehlah bayar sewa for the whole boat. Biasanya bertolak dari teminal ini adalah pada pukul 8:30 pagi. Time check masa itu nampaknya kami mungkin akan bertolak setengah jam lebih awal.
Abang Adam bercerita lagi yang dulu ada beberapa kali terutama ketika permulaan tahun, oleh kerana pasang surut air, tourists yang dia bawa terpaksa bertolak awal dari hotel iaitu pada pukul 6:15 pagi. Lagi awal sampai Bako lagi bagus kata Abang Adam kerana kebarangkalian nak nampak binatang liar adalah lebih baik since biasanya binatang pilih waktu yang tidak panas untuk keluar cari makan. Tapi tak tentu jugalah, tengok nasib, tengok rezeki masing-masing kata dia.
Tambah Abang Adam lagi, kita mesti menggunakan bot untuk ke Taman Negara Bako. Kerajaan tidak akan membuat jalanraya ke sana kerana kalau dibina jalanraya akan ramai orang tempatan yang suka memburu datang ke taman negara itu. Selalunya mereka adalah dari kalangan kaum Iban yang suka memburu kerana mereka lebih suka makan binatang hutan dari binatang yang dipelihara/ternak. Haiwan buruan pada mereka rasanya adalah lebih sedap, contohnya rasa daging babi hutan liar adalah lebih sedap berbanding dengan daging babi yang dibela/ternak.
Sebab kedua kenapa jalanraya ke Taman Negara Bako tidak dibina adalah untuk memberi peluang penduduk kampung di kawasan Bako menjana pendapatan dengan menyediakan khidmat bot-bot bawa pelancong ke taman negara itu. Orang luar tidak dibenarkan melakukan operasi khidmat bot ini setelah dipersetujui antara orang kampung dengan Sarawak Forestry Corporation melalui Kerajaan Negeri Sarawak.
Abang Adam sedang signal boatman. |
Boatman pun sampai.
Kerana air sedang surut masa itu maka kami pun turun jalan di pelantar landai konkrit ini dan terus melangkah masuk ke dalam bot.
Dan kami pun memulakan boat ride dari Jeti Nelayan Kampung Bako melalui Sungai Tabo ini dan lepas itu masuk ke Laut China Selatan untuk ke Bako National Park HQ. Perjalanan akan ambil masa lebih kurang 20 minit dengan bot ini. Masa itu pukul 7:51 am.
Ini peta perjalanan bot kami ke Bako National Park HQ.
Abang Adam dan boatman.
Memakai jaket keselamatan adalah mandatori.
Masa berjalan di Bako Trails nanti, Abang Adam kata dia akan beri kami seorang sebotol air. Lunch sudah termasuk dalam pakej dan kami akan makan di kantin Bako National Park HQ.
Untuk balik nanti, Abang Adam akan tanya boatman waktu yang sesuai untuk kami balik iaitu sebelum air surut. Untuk pelawat pergi/balik ke Bako National Park, kita memang semestinya merujuk pada boatman untuk tahu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Merakam keindahan suasana perjalanan bot kami ke Bako National Park.
Pokok-pokok Paya Bakau di pesisir Sungai Tabo.
Kata Abang Adam ada pokok-pokok Paya Bakau di kawasan ini yang ditanam untuk menghindar dari berlakunya hakisan tebing sungai.
Matahari terbit. Nampak suram dan berawan. Semoga tidak hujan.
Tapi kata Abang Adam itu jerebu akibat asap mercun yang dibakar tak henti-henti malam tadi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ketika ini kami sudah hampir tiba di kuala Sungai Tabo untuk masuk ke Laut China Selatan.
Walau pun berjerebu tapi tetap nampak cukup indah sekali.
Antara formasi batu kapur yang cantik yang kami nampak. Lagi cantik bila ada pokok-pokok tumbuh di atasnya.
Masa di Laut China Selatan ini keadaan air lebih berombak berbanding di Sungai Tabo tadi yang airnya tenang.
Mungkin sebab kami bertolak awal, tidak kelihatan banyak bot-bot lalu lalang di route ini. Atau mungkin sebab pandemik maka kurang pelawat ke Taman Negara Bako.
The open sea.
Makin dekat nak sampai ke destinasi, makin banyak tebing-tebing batu kapur tinggi yang kami nampak.
For me these lime stone cliffs are epic!
Formasi-formasi batu kapur pesisir pantai, hutan Bako and sunrise... so beautiful. SubhanAllah.
Dan kami pun tiba di Pantai Teluk Assam, lokasi Bako National Park HQ, pada pukul 8:07 pagi. Kami diturunkan di sini dan tidak di jeti Bako National Park kerana ketika itu air surut.
Ini peta tempat kami turun dari bot. Turun di Pantai Teluk Assam dan berjalan kaki lebih kurang 300 meter di pantai ke Bako National Park HQ.
Turun dari bot ke dalam laut airnya paras betis.
Bergambar sekejap 😁.
Boatman kami akan ambil kami setelah kami selesai jalan di trails dan makan tengahari which was about 5 hours later.
Pada masa itu Gunung Santubong hanya kelihatan samar-samar sahaja. Hopefully the haze will be gone soon.
Sebenarnya bagus juga kami turun di Pantai Teluk Assam ini kerana pemandangannya sangat cantik.
Bergambar dengan lime stone cliff as the background.
Sambil berjalan santai, Abang Adam terus impart many more interesting information for our consumption. Both my wife and I love this, hence our preference of having a tour guide with us while on vacations.
Abang Adam kata kita perlu sentiasa berwaspada dengan monyet-monyet di pantai ini. Kami juga dinasihati oleh concierge hotel supaya jangan bawa beg plastik kerana for the monkeys plastic bags equals food.
We felt pretty safe because they were very far away.
More amazing rock formation. Masa berjalan ni, we get to have a closer look and can take our time to marvel at and take photos of these breathtaking rocky beach landscapes.
Photo of sunrise's reflection is a must... hihi 😃.
Rasanya ini benih pokok kayu bakau.
Dan kami pun sampailah ke Bako National Park HQ.
Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.