Tuesday, February 6, 2018

EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS

Seterusnya kami pun meninggalkan Hofburg Palace melalui St. Michael's Wing menerusi Michael's Gate masuk ke Michael's Square. Di dataran kecil ini ada St. Michael's Church.

St. Michael's Church. 

Patung-patung angels di bumbung entrance masuk ke St. Michael's Church. 

Foto kiri: 'Fountain The Power Of The Sea' of the St. Michael's Wing, Hofburg Imperial Palace. 

Bumbung St. Michael's Wing.

Touring Hofburg Palace with horse-drawn carriage rides.

Kalau dah kawasan strategik macam di Hofburg Palace ni, yang pastinya ramai pelancong, maka tentulah diadakan kawasan membeli-belah. Dan yang paling berprestij di Vienna ni ialah di 'The Golden U' dekat dengan Hofburg Palace made up of 3 pedestrian walks: Kohlmarkt, Graben dan Karntnerstrasse. Dari Hofburg Palace, Katarina (our local guide) bawa kami lalu Kohlmarkt.

Toleh belakang kejap to get a full of the St. Michael's Wing, Hofburg Imperial Palace.


Katarina bawa kami singgah kejap di kedai bakery ini yang katanya sangatlah famous di Vienna ni iaitu Demel Cafe & Bakery. Demel (colloquially der Demel) adalah sebuah kedai pastri dan chocolaterie yang terkenal ditubuhkan pada 1786 di Vienna, Austria. Syarikat ini memegang gelaran Purveyor ke  Purveyor to the Imperial and Royal Court (k.u.k. Hofzuckerbäcker) sehingga hari ini.
Purveyor ke  Purveyor to the Imperial and Royal Court:
Royal warrants of appointment have been issued for centuries to tradespeople who supply goods or services to a royal court or certain royal personages. The royal warrant enables the supplier to advertise the fact that they supply to the issuer of the royal warrant; thus lending prestige to the supplier. Royal families of the United Kingdom, the Netherlands, Belgium, Luxembourg, Monaco, Denmark, Sweden, and Japan among others, allow tradesmen to advertise royal patronage. - Wikipedia

Look la how pretty these pastries are! Cantik benor rupanya.  

Sampaikan Empress Elisabeth (Sissi) yang obses jaga berat badan pun tak mampu tolak pastries dari kedai Demel ni. Pilihan Sissi dari kedai ni ialah crystallized violets petal ni.
Source

Dan kalau dah dilabel sebagai 'a prestige shopping street', maka major brand outlets macam ni mesti la ada.

Semua brand ada lah.

Looking back, St. Michael's Wing, Hofburg Imperial Palace.

Masuk ke Graben Street, salah satu high end shopping street di Vienna ni. Ini Wustenrot building: 
Wüstenrot, a popular company founded in Austria, is dedicated to providing financial and real estate services for the public.

TODS: High-end retailer offering Italian-made leather shoes, handbags & accessories for men & women. 


Chanel Store.

Ini Joseph's Fountain, siap ada patung seekor pigeon dok atas kepala dia. 
Granite fountain basin with a bronze statue of Saint Joseph, and a boy showing him a scroll with his pedigree. - Source


Graben Street.

Dan ini pula tiang yang jadi tourist attraction di Graben Street ni. Namanya 'Pestsäule' atau Plague Column atau Holy Trinity Column, dibina selepas epidemik 'Great Plague' 1679 oleh Emperor Leopold I. Wabak ini menyebabkan 75,000 kematian dan mayat-mayat dibakar di luar bandar. 

It shows the Holy Trinity on a corinthian column together with nine sculpted angel (for the Nine Choirs of Angels). 

Di atas sekali ada golden cherubs and other religious figures. Macam statues lain di Vienna ni, yang ni pun di serkup dengan bird netting. 

Bahagian tengah pula didedikasi pada coats of arms dan patung Emperor Leopold I yang tengah berdoa, berdoa dari jauh la tapi sebab he fled the city during the outbreak.


Bahagian bawah monument ini represent the triumph of faith over disease.  

Lagi kedai-kedai mewah. 

Ini satu lagi fountain di Graben street ni. Leopold's Fountain (Margrave of Austria, 1095-1136. Patron saint of Austria).
Granite fountain basin with a bronze statue of Saint Leopold, with a flag in his hand, looking to a paper with a sketch of a Klosterneuburg church. - Source

Dah nampak menara St Stephen's Cathedral. 

Salah satu mercu tanda di Vienna ni. 

Tiba di Stephansplatz. Ada bangunan Omega yang nampaknya historic sangat. Namanya Palais Equitable. 

Walaupun namanya ada "palais', ia adalah salah satu dari beberapa istana atau rumah besar di Vienna yang tidak pernah menjadi kediaman bangsawan. 

Dibina oleh Equitable New York Life Insurance Company pada akhir 19th century. Sebab tu ada American Eagle pada facade bangunan ni. Kiranya this is an American place in Vienna la.

Ramai pelancong di Graben street ni.


Ada juga peminta sedekah/homeless people di prestige streets ni. 

Salah satu tempat popular yang boleh di lawat di sini ialah St Stephen's Cathedral ini. It is the mother church of the Roman Catholic Archdiocese of Vienna.

Dengan the highest point at 136 meter, St Stephen's Cathedral ini adalah antara bangunan yang tertinggi di Vienna. 

Sebab katedral ini kedudukannya dekat dengan bangunan-bangunan lain yang bersebelahan dengannya, maka susah kami nak ambil gambar keseluruhan katedral ini. So saya tampal le di sini aerial views ni.

Sebagaimana lazimnya, bentuk katedral ni seperti katedral-katedral lain adalah berbentuk salib jika dilihat dari atas.

Sebuah katedral dengan senibina Romanesque dan Gothic. 

Katedral ini ambil berkurun lamanya untuk disiapkan dalam bentuknya sekarang kerana banyak pembinaan semula kerana kebakaran dan kerosakan semasa perang. Now dah berusia 700 tahun.

Menara kembar di pintu masuk ke St Stephen ini dinamakan Roman Towers kerana ia dibina menggunakan serpihan batu dari dinding kota Roman lama Vindobona.

Ada loceng di Katedral St Stephen ini yang seberat 20 tan dan berdiameter 3 meter ditempa dari meriam Ottoman yang dirampas dalam perang yang dinamakan Siege of 1683.

Bumbung jubin berwarna-warni, menjadi salah satu simbol paling dikenali di bandar ini.

Menara St Stephen's Cathedral dinamakan Steffl (Little Stephen). Ia mempunyai ketinggian 136 meter. Menara ini boleh didaki menggunakan 418 anak tangga dari dalam gereja.

Mozart was married in this cathedral in 1782.

Penjual tiket Opera. 


Selesai di St Stephen's Cathedral, Katarian bawa kami ke tempat tunggu bas di Schwedenplatz ikut jalan Rotenturmstraße. 

Di jalan Rotenturmstraße. Hard Rock Cafe Vienna terletak di jalan ini.


Tiba di Schwedenplatz. 

Bas sampai kami pun menuju ke Hundertwasserhaus. Tempat apa tu? Google described it as 'Organic apartment blocks with roof forest'. 

Menyusuri Donaukanal. 

Hundertwasserhaus terletak di jalan Kegelgasse yang tak muat untuk bas lalu. Jadi kami diturunkan di jalan besar, lepas tu jalan kaki dibawa Katarina ke Hundertwasserhaus. 5 minit je jalannya.

Masa jalan tu ramai le yang jeling-jeling kedai-kedai tepi jalan ni yang owners kami noticed berbangsa Cina.


Tiba di Hundertwasserhaus. Hundertwasserhaus adalah sebuah pangsapuri di Vienna, Austria, dibina dari idea dan konsep artis Austria Friedensreich Hundertwasser dengan arkitek Joseph Krawina sebagai pengarang bersama. Tanda mercu tanda Vienna ini terletak di daerah Landstraße di sudut Kegelgasse dan Löwengasse.

Ada Hundertwasser Village ni. Later kami explore dalam tu. For now, let's check out the luaran dulu.

Senibinanya sangat tidak konvensional.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1985 dengan kos lebih €7 juta. Seluruh bangunan ini kini dimiliki oleh City of Vienna dan disewakan sebagai rumah kediaman kepada orang awam. Bangunan ini kini mempunyai 200 orang penghuni berdaftar.

Friedensreich Hundertwasser yang mereka rumah ini sangat bencikan garis lurus. Sebab tu nampak bercelaru.

Bagi mengekalkan aspek seninya, semua penghuni Hunderwasserhaus diberi kebebasan untuk menghias façade di sekeliling tingkap mereka sesuka hati mengikut citarasa masing-masing.


Bukan sahaja bangunan Hundertwasserhaus yang tidak konvensional, kawasan sekelilingnya juga dibina dengan cara yang tidak konvensional.

Tangga masuk ke Hundertwasserhaus. Walau bagaimanapun bangunan ini tidak boleh dimasuki sesuka hati kerana ia adalah rumah-rumah kediaman.

Laluan pejalan kaki di Hundertwasserhaus sengaja dibina beralun-alun. 

Kaki boleh terseliuh dan tersadung kalau tak berhati-hati berjalan di sini.

Pemandangan dari depan Hundertwasserhaus. Saya suka benda-benda seni ni tapi yang ni pada saya nampak huru-hara dan serabut.. hehe.

Pokok ditanam di merata-rata ceruk untuk 'lebih dekat dengan alam'. 




Tiang-tiang pun macam-macam bentuk dan saiz serta warna. 

Budak kecik ni pun nampak confused. Tapi being that age, suka sangat la dia.. hehe. 

Di bahagian dalam bangunan apartment ni ada sebuah taman yang nampaknya macam tak berjaga. 

Bangunan apartment dan taman.


Jom masuk ke Hundertwasser Village pula.


Sebelum masuk, Katarina share info about the artist. Hundertwasser yang dilahirkan pada tahun 1928 adalah seorang artis berbangsa Austria yang mula mencipta nama melalui seni lukisan. Hundertwasser hanya melibatkan diri dalam senibina bangunan bermula dalam tahun 50-an dan menjadi seorang arkitek terkemuka pada kurun ke-20. Ciri keseniannya terletak pada penggunaan warna yang terang, keengganan untuk menggunakan garis lurus dan gaya yang cenderung kepada alam sekeliling.

Hundertwasser dikatakan gemar melukis sambil berbogel. Lebih dekat dengan alam begitu, katanya. Di akhir hayatnya, beliau memilih untuk menetap di New Zealand kerana negara itu sangat semulajadi kepada beliau. Hundertwasser meninggal dunia pada tahun 2000 dan dikebumikan di tanah miliknya berhampiran Auckland di New Zealand. Mengikut wasiatnya, Hundertwasser ditanam di bawah sebatang pokok tulip supaya akar pokok membalut jasadnya, yang disifatkan beliau sebagai "The Garden of the Happy Dead".



Kedai cenderamata yang paling besar di Hundertwasser Village menjual cenderamata yang berkaitan dengan hasil seni Hundertwasser.

Katarina menunjukkan kepada kami lukisan-lukisan karya Hundertwasser.


Hundertwasser Village tidak besar. Di tengahnya hanya terdapat sebuah bar dan dikelilingi kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan cenderamata.

Tandas di Hundertwasser Village ini pun unik juga.


Begini la rupa di dalamnya. 

Tengok tandas ini teringat pula pada Mirror House yang pernah kami lawati di Kuwait City dulu.


Tentang Friedensreich Hundertwasser.


Oleh kerana Hundertwasser sangat gemarkan alam sekitar, pokok-pokok besar ditanam di dalam bangunan

Tingkap-tingkap kaca dipasang pada bumbung untuk menggalakkan pencahayaan secara semulajadi. 


Ok, jom keluar sebelum kepala pening.. hehe.

A few more shots before we left.







Next, Vienna Islamic Centre... 

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. apa masalah Friedensreich Hundertwasser dengan garis lurus? hehhehehe
    mesti ada sebab kan..
    emotionally .. historically .. medically ?
    interesting..

    yang melukis sambil berbogel tu kenapaaaaa laaaaaaa..
    hahahhahaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sangat cara dia berfikir. Kan org sana mmg suka dan galak creativity, mcm lagi pening nak decipher jadi mcm lagi appreciated and celebrated.

      Hahaha.. he's very much into nature.. jadi nak bersatu dengan nature lah.. hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Indeed. Saya dah cuba nak appreciate but cannot! hehehe

      Delete