Sunday, November 29, 2009

SHANGHAI, SUZHOU AND HANGZHOU,CHINA

Lawatan sebenar yang pertama ke Negara China adalah ke Shanghai, percutian yang pertama mengikut rombongan yang diatur oleh Apple Holidays.

DAY 01: 

SUZHOU
Penerbangan Malaysia dari KLIA ke Pudong Airport di Shanghai berlepas sangat lewat malam.

Kami tiba di Shanghai pada awal pagi keesokan harinya. Tiada perbezaan waktu di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, jadi taklah sukar menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

Sewaktu kami tiba, Shanghai sedang berada di penghujung musim luruh dan menghampiri musim sejuk. Suhu di luar airport juga sangat sejuk.

Kami kemudiannya dibawa terus ke bandar Suzhou yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai. 

Impression pertama dilihat di Suzhou ialah betapa ramainya penunggang motorsikal dan basikal di sini.

Cuaca muram sepanjang perjalanan kerana ketika itu penghujung musim luruh dan musim dingin semakin hampir. 





Hotel Sheraton Tower yang terletak bertentangan dengan Beijiang Restaurant tempat kami makan tengahari. 

Hotel Sheraton Tower yang dibina mengikut senibina tradisional China.  

MASJID SUZHOU
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Masjid Suzhou. Memandangkan kami telah bersolat sewaktu di hotel, kami melawat sajalah ke masjid ini.





LION GROVE GARDEN
Kami kemudiannya melawat Lion Grove Garden, rumah keluarga arkitek I.M. Pei yang terkenal dengan rekaan piramid di Muzium Louvre, Paris.





SHOPPING STREET
Kami kemudiannya singgah di sebuah Shopping Street di Suzhou.








DAY 02:

HANGZHOU
Program lawatan Hari Kedua adalah menuju ke Hangzhou. Namun sebelum meninggalkan Suzhou, rombongan kami dibawa dulu melawat ke Kilang Sutera.

Menjadi satu kemestian bagi pengunjung ke Negara China untuk melawat kilang sutera. Sewaktu di Suzhou, kami juga berkunjung ke sebuah kilang sutera milik Kerajaan yang bernama Silk Factory No.1 pada hari kedua kami di Suzhou. 

Pokok Mulberry yang ditanam berhampiran Silk Factory No.1 untuk makanan ulat sutera. 

Proses memasak untuk mematikan ulat sutera.

Kepompong sutera dimasak bagi mematikan ulat untuk memudahkan benang sutera dikutip. 

Ulat sutera yang telah mati. Kulit tangan makcik pekerja ni cukup lembut sebab dia sentiasa berendam dalam air protein yang dihasilkan oleh ulat sutera. 

Demonstrasi kekuatan kain sutera. Tarik beramai-ramai tetap tak terkoyak. kain sutera juga digunakan sebagai salah satu lapisan jaket kalis peluru disebabkan kekuatannya, peluru tak dapat menembusi kain sutera. 

Sutera dari China dijual di seluruh dunia di bawah jenama Choyers. Sebelum meninggalkan kilang sutera, kami sempat menyaksikan pertunjukan fesyen dan juga membeli-belah barangan sutera.






Selepas melawat Kilang Sutera, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hangzhou yang terletak kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan bas dari Suzhou. 

Foto-foto yang sempat dirakan semasa dalam perjalanan ke Hangzhou.



















WEST LAKE
Tarikan utama pelancong ke Hangzhou adalah West Lake, sebuah tasik yang cantik dan menjadi inspirasi kepada Chinese Gardens.


















































SONG DYNASTY VILLAGE
Atas saranan Alan, semua ahli rombongan sepakat membuat optional tour ke Song Dynasty Village, sebuah replika kampung China purba.














THE ROMANCE OF THE SONG DYNASTY
Di Song Dynasty Village ini juga, kami berkesempatan menyaksikan persembahan "The Romance of The Song Dynasty" yang penuh dengan Special Effects yang mengkagumkan.































































































DAY 03:

LONGJING TEA PLANTATION
Bandar Hangzhou juga terkenal dengan tanaman teh hijau. Oleh itu, kami dibawa ke Longjing Tea Plantation, sebuah kebun teh berhampiran Hangzhou. Dalam Bahasa Cina, Longjing bermaksud "Perigi Naga" (Dragon's Well).









SHANGHAI
Di penghujung trip barulah kami melawat Bandaraya Shanghai. Shanghai adalah bandar terbesar di China dan ketiga besar di dunia. Kami bertolak dari Hangzhou ke Shanghai menggunakan Lebuhraya. 

Antara foto-foto yang sempat dirakam sepanjang perjalanan ke Shanghai.





























HUANGPU RIVER CRUISE
Oleh kerana tiada event diaturkan untuk rombongan malam itu, kami sekali lagi memilih Optional Tour - menaiki bot (cruise) di Sungai Huangpu.

Bandar Shanghai memang kelihatan amat indah di waktu malam, diterangi cahaya lampu dari bangunan-bangunan tinggi di sepanjang Sungai Huangpu.











DAY 04:

PUDONG & SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTRE
Tumpuan lawatan kami di Shanghai adalah ke Pudong. Dari hotel, bas membawa kami menerusi sebuah terowong di bawah Sungai Huangpu untuk menuju ke sana.


Pudong adalah pusat perniagaan bagi bandaraya Shanghai, seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunan di sini amat tinggi dan moden. Jalan raya di sini juga besar dan lebar, tetapi kelihatan sangat lengang.

Pudong
Bangunan-bangunan pencakar langit yang ultra moden di Pudong.

Tujuan kami dibawa ke sini adalah untuk melawat Shanghai World Financial Center.

Pintu masuk ke Shanghai World Financial Centre
Bangunan Shanghai World Financial Center. Tak nampak jelas dari sini, sebenarnya bangunan ini berbentuk trapezoid dan berlubang di puncaknya.


Sewaktu lawatan kami, Shanghai World Financial Center (SWFC) adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Taipei 101. Selain dari pejabat dan pusat perniagaan, bangunan ini juga turut mempunyai sebuah hotel.

Escalator di dalam bangunan SWFC
Lif ke Deck Pemandangan di Shanghai World Financial Centre. Lif ini sebenarnya 2 tingkat dan boleh dimasuki serentak dari 2 tingkat yang berlainan.
Lif naik ke Deck Pemandangan di Tingkat 94 SWFC. Untuk mengelakkan kebosanan penumpang, lif ini sentiasa bertukar-tukar warna.
Lif SWFC yang bertukar-tukar warna sepanjang perjalanan ke Deck Pemerhatian.
Deck Pemandangan di Tingkat 94, Shanghai World Financial Centre.





CHENG HUANG MIAO BAZAAR
Acara seterusnya ialah shopping. Kami dibawa ke beberapa pusat membeli-belah di Shanghai pada petang itu. Pusat pertama dilawati ialah Cheng Huang Miao Bazaar.





Di tengah-tengah bazaar ini ada sebuah Tea House yang terkenal. Malangnya sewaktu kami tiba di sini, Tea House tersebut ditutup untuk pembaikan.


Kedai-kedai di Cheng Huang Miao Bazaar kelihatan amat menarik kerana keseluruhan bazaar dibina mengikut senibina tradisional Cina. Pelbagai barangan tradisional dan moden dijual di sini.






NANJING STREET
Nanjing Street adalah sebuah pusat membeli-belah berbentuk pedestrian mall.



Memang puas melancong ke Shanghai. Kini tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Awal-awal lagi kami dah meninggalkan hotel untuk ke Lapangan Terbang Pudong.

Syukur Alhamdulillah.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.